Oleh MOHD SHAUKI ABD MAJID DALAM usaha memantapkan ukhuwah, al-Quran menjelaskan bahawa perbezaan itu berlaku dalam kehidupan ini. Segala perbezaan tersebut merupakan kehendak Ilahi, juga demi kelestarian hidup, sekali gus demi mencapai tujuan kehidupan makhluk di pentas bumi ini. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan. Seandainya Allah menghendaki, nescaya Dia menjadikan kamu satu umat, tetapi Allah hendak menguji kamu mengenai pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan.” (Al-Maidah: 48) Seandainya Tuhan menghendaki kesatuan pendapat, nescaya diciptakan-Nya manusia tanpa akal budi seperti haiwan, atau benda-benda tidak bernyawa yang tidak memiliki kemampuan memilih, kerana hanya dengan demikian seluruhnya akan menjadi satu pendapat. Ada yang berpendapat bahawa ukhuwah lslamiah hanya boleh diwujudkan apabila seluruh umat Islam menjadi satu dan seragam dalam segala hal. Ini adalah pandangan yang keliru. Al-Quran sendiri mengatakan yang bermaksud: “Dan jika Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu dalam agama Islam) dan untuk perselisihan dan rahmat itulah Allah menjadikan manusia…” (Hud: 118-119) Ukhuwah yang biasa diertikan sebagai ‘persaudaraan’, diambil daripada akar kata yang pada mulanya bererti ‘memerhatikan’. Makna asal ini memberi kesan bahawa persaudaraan mengharuskan adanya perhatian semua pihak yang merasa mereka bersaudara. Maknanya, setiap orang Islam hendaklah menanamkan perasaan dalam diri masing-masing bahawa mereka antara satu sama lain adalah bersaudara. Dalam satu hadis Nabi s.a.w mengenai ‘ukhuwwah fi din al-Islam’, iaitu persaudaraan antara sesama Islam bermaksud: “Kamu adalah sahabat-sahabatku, persaudaraan, saudara-saudara kita adalah yang datang sesudah (wafat)ku.” Al-Quran ada menyebut bahawa sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara dan yang menjadikan mereka bersaudara ialah akidah keimanan. Keutuhan mereka tidak akan terpecah melainkan jika mereka murtad daripada Islam. Ukhuwah Islamiah merupakan satu istilah yang sudah diterima di kalangan masyarakat iaitu suatu persaudaraan yang berdasarkan iman. Jadi istilah yang lebih tepat sebenarnya adalahukhuwah imaniyyah kerana di dalam aI-Quran, persaudaraan ini memang dikaitkan Iangsung dengan iman. Renungi maksud firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujuraat: 10) Maksud firman Allah ini dimulai dengan semacam satu ketetapan bahawa umat Islam pasti akan berpecah-belah. Dalam situasi berpecah-belah itu, masing-masing akan berusaha untuk menghancurkan atau mengalahkan satu sama lain. Sejarah telah mencatat bahawa peristiwa kewafatan Rasulullah s.a.w hampir mencetuskan pergaduhan sesama muslim sehingga Umar mengambil inisiatif dengan tegas meminta semuanya bersetuju melantik Abu Bakar sebagai pengganti Rasulullah s.a.w. Demikianlah seterusnya suasana tidak aman dan konflik timbul di kalangan umat Islam pada zaman pemerintahan Uthman dan Ali. Dan kalau kembali pada surah aI-Hujuraat ayat 9, ajaran tentang ukuran yang seharusnya dilakukan untuk menyelesaikan konflik, di mana Allah berfirman yang bermaksud: “Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya, jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah, jika ia kembali patuh, maka damaikanlah di antara keduanya dengan dengan adil (menurut hukum Allah), sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” Seterusnya, sangat relevan jika kita renungi firman Allah dalam surah al-Hujuraat ayat 11 yang memberi petunjuk atau teknik yang sangat praktikal bagaimana untuk memelihara ukhuwah dalam konteks kehidupan umat Islam sekarang. Mungkin pada tempat-tempat atau saat-saat tertentu di mana kita harus berprasangka kepada orang kerana situasi sekarang berkehendakkan begitu sebagai satu ‘kewaspadaan’. Itu tidak berdosa. Tetapi kalau terlalu berprasangka seperti dinyatakan al-Quran di atas, maka besar sekali kemungkinan kita jatuh kepada prasangka yang dosa. Demikian al-Quran memberikan dasar ajaran bagi mengubah dan menegakkan ukhuwah lslamiah sebagaimana terkandung dalam ayat suci al-Quran surah al-Hujuraat ayat 9 hingga 13 yang memuatkan banyak falsafah ukhuwah lslamiah. Ini ajarannya ialah mencari jalan damai ketika berselisih, tidak melampaui batas dalam perselisihan, bersikap jujur, saling menghargai dan bersikap rendah hati untuk mengakui kesalahan sendiri. Dalam usaha memantapkan ukhuwah Islamiah ini, ia bukan sekadar penjelasan dari segi persamaan pandangan agama atau sekadar toleransi mengenai perbezaan pandangan melainkan yang lebih penting lagi adalah langkah-langkah bersama umat Islam sehingga dapat merasakan nikmatnya persaudaraan satu iman itu. Salah satu hadis yang masyhur, menyentuh aspek ukhuwah adalah sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada sahabat Ibnu Umar, yang bermaksud: “Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian.” Persaudaraan dalam Islam berlandaskan iman kepada Allah, cinta kerana Allah dan benci kerana Allah, dan seseorang mukmin yang merupakan saudara bagi mukmin yang lain mempunyai pertalian persaudaraan yang lebih kuat daripada pertalian darah di kalangan adik-beradik kandung. Pertalian keimanan inilah yang memperkukuh hubungan sesama individu dalam masyarakat, dan yang menjadikan masyarakat satu unit sosial yang tersusun rapi dan utuh. Untuk memantapkan ukhuwah Islamiah yang diperlukan bukan sekadar penjelasan segi-segi persamaan pandangan agama atau sekadar tolerensi mengenai perbezaan pandangan. Malah yang lebih penting lagi adalah langkah-langkah bersama yang dilaksanakan oleh umat sehingga seluruh umat merasakan nikmatnya. Justeru, kita mengakui al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup, seharusnya kita berusaha mencipta kebaikan dalam kehidupan ini. Kita harus memperbaiki hubungan persaudaraan sesama Islam dan mencipta perdamaian di antara pihak-pihak yang bermusuhan. Demikian juga dengan muzakarah Pas dan Umno harus difokuskan kepada titik-titik persamaan yang ada pada kedua-dua belah pihak. Perbezaan yang boleh menimbulkan perselisihan harus dihindari. Kita harus mencipta satu kehidupan yang harmonis dan menjunjung tinggi nilai-nilai keagamaan dalam segala aspek kehidupan dan peradaban manusia. Sehubungan dengan ini, dapatlah kita amati dan insafi penegasan Allah s.w.t menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Bertakwalah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, jika benar kamu orang-orang yang beriman.” (Al-Anfal: 1)Nikmat persaudaraan berlandaskan iman
Memang sebahagian daripada prasangka itu dianggap sebagai satu sikap waspada.
~s3galanya m!L!k-Mu~
Kau yang m3nc!ptakan c!nta
Dan Kau jua yang m3nghampar bahag!a
D! r!baanMu t3rh!mpun harapan
!mp!an tulus s3t!ap !nsan
Kau yang m3ngutuskan duka
Dan 3ngkaulah yang m3ng!r!mkan hampa
Namun padaMu jua d!adukan
M3rabahkan k3r3sahan dan tang!san
Aku tahu !n!lah kas!hMu
Aku tahu !n!lah c!ntaMu
Dan ku tahu t!ap yang t3rba!k untukku
Tak s3muanya yang ku mahu
D! c3lah hangat nafas yang t3rh3la
Ada d!ng!n saat m3ny3ru (m3ny3but) namaMu
T3rarah s3gala ronta dan rasa
Pada dama!nya dakapanMu
Aku tahu !n!lah kas!hMu
Aku tahu !n!lah c!ntaMu
Dan ku tahu d! s3g3nap ruang rasaku
T3lah Kau t!t!pkan k3kuantan
Oh Tuhan
Monday, September 13, 2010
~ n!kmat p3rsaudaraan~
Posted by ~nOzzu~ at 8:12 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









0 comments:
Post a Comment