~s3galanya m!L!k-Mu~

Kau yang m3nc!ptakan c!nta
Dan Kau jua yang m3nghampar bahag!a
D! r!baanMu t3rh!mpun harapan
!mp!an tulus s3t!ap !nsan
Kau yang m3ngutuskan duka
Dan 3ngkaulah yang m3ng!r!mkan hampa
Namun padaMu jua d!adukan
M3rabahkan k3r3sahan dan tang!san
Aku tahu !n!lah kas!hMu
Aku tahu !n!lah c!ntaMu
Dan ku tahu t!ap yang t3rba!k untukku
Tak s3muanya yang ku mahu
D! c3lah hangat nafas yang t3rh3la

Ada d!ng!n saat m3ny3ru (m3ny3but) namaMu
T3rarah s3gala ronta dan rasa
Pada dama!nya dakapanMu
Aku tahu !n!lah kas!hMu
Aku tahu !n!lah c!ntaMu
Dan ku tahu d! s3g3nap ruang rasaku
T3lah Kau t!t!pkan k3kuantan
Oh Tuhan

Wednesday, December 29, 2010

~ Luahan hat!~


p/s : memang luahan hati pOng... hehe...

Thursday, December 9, 2010

~ar! n! c!k nOzzu sengaL~

http://www.emocutez.com

emmm....

nak taip... nak tulih sesuatu...

tapi...

ntahla....

huhuhu...

cube teke sebab ape...

sebabnye.....

cik nOzzu suke emOticOn ni....

tu yang gerak2 kat bawah ni...

nak tulih sesuatu rase cam xde kaitan ngan arnab2 ni...

jadi....




http://www.emocutez.com http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

terimala adiah emoticOn yang kiut2 dr cik nOzzu...

huhu...

okla...

nak terbang g uganda jup...

da......

http://www.emocutez.com

Wednesday, December 8, 2010

~ad!k sayang bangat sama abah...~

http://www.emocutez.com
hi tawan-tawan...

cik nOzzu di sini...

hehe..

emmm...

6hb 12 2010 bao ney...

bedey abah cik nOzzu...

slamat ari jadi abah....

adik sayang abah...

wawawa....

terima kasih atas segala-galanya...

adik bersyukur sangat dikurniakan abah yang bernama

MOHD BADRUDDIN BIN IBRAHIM


lagu ini adik tuju khas buat abah...

i love you very strong...

hehe....

Okla..

maO pegi da...

daa.....

http://www.emocutez.com

Saturday, November 13, 2010

~w!sh~



emmm..... terasa nak tulis sesuatu je malam ni... dalam hidup ni kan, kite xsemestinya dapat apa yang kita nak... kekadang kita dapat sesuatu, tapi lama2 kita rasa tu bukanlah sesuatu yang kita mahu.... ada pula yang kite mintak tapi tak dapat2, dan kita rasa apa yang kita mintak itulah yang betul2 kita perlukan... hakikatnya, hanya Allah je yang tahu... banyak benda yang cik nOzzu nak, tapi xdapat... tapi setelah melalui hidup yang oenuh liku2 ni, rasanya semua benda yang berlaku adalah bersebab... mungkin hari ni kita xnampak, tapi esOk lusa, tahun depan, tahun 2012, xpun bile kite tua, kita akan tawu, nape Allah xkasi kite sumer tu... xkan masa tu baru nak bersyukur... oleh itu bersyukurlah dengan apa yang anda ada.... (pesanan untuk cik nOzzu gak... hehe....)
cik nOzzu ada satu jer harapan.....
kalo bOlehkan,
cik nOzzu nak pandang ke depan jer...
nak jalan straight jer....

xmO toleh blakang dah....

xnak ingat semalam dah...

sebab.....

semalam itu menyakitkan....

emmmm....

abak kata pepatah arab...

JANGAN PANDANG BELAKANG..... congkak....

hehe.....

emmm... bagi yang punya kisah sedih, cik nOzzu dOakan anda pun berjaya mengharungi kisah sedih tu dengan jayanya... hehe.... sentiasa ingat taO, ada lagi yang lebey susah dari kita....

dan bagi yang telah berjaya mengharungi kisah sedey dalam hidup die, ( u knOw whO u are.... =) hehe....) cik nOzzu nak ucap tahniah.... semOga hidup kamu sentiasa bahagia.... semOga dirahmati Allah slalu ya..... =)

emmm..... ok la..... da xde pape nak taip.... gudnite.... sleep well.... hehe.....

Monday, September 13, 2010

~ n!kmat p3rsaudaraan~

Nikmat persaudaraan berlandaskan iman


Oleh MOHD SHAUKI ABD MAJID

DALAM usaha memantapkan ukhuwah, al-Quran menjelaskan bahawa perbezaan itu berlaku dalam kehidupan ini. Segala perbezaan tersebut merupakan kehendak Ilahi, juga demi kelestarian hidup, sekali gus demi mencapai tujuan kehidupan makhluk di pentas bumi ini.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan. Seandainya Allah menghendaki, nescaya Dia menjadikan kamu satu umat, tetapi Allah hendak menguji kamu mengenai pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan.” (Al-Maidah: 48)

Seandainya Tuhan menghendaki kesatuan pendapat, nescaya diciptakan-Nya manusia tanpa akal budi seperti haiwan, atau benda-benda tidak bernyawa yang tidak memiliki kemampuan memilih, kerana hanya dengan demikian seluruhnya akan menjadi satu pendapat.

Ada yang berpendapat bahawa ukhuwah lslamiah hanya boleh diwujudkan apabila seluruh umat Islam menjadi satu dan seragam dalam segala hal. Ini adalah pandangan yang keliru. Al-Quran sendiri mengatakan yang bermaksud:

“Dan jika Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu dalam agama Islam) dan untuk perselisihan dan rahmat itulah Allah menjadikan manusia…” (Hud: 118-119)

Ukhuwah yang biasa diertikan sebagai ‘persaudaraan’, diambil daripada akar kata yang pada mulanya bererti ‘memerhatikan’. Makna asal ini memberi kesan bahawa persaudaraan mengharuskan adanya perhatian semua pihak yang merasa mereka bersaudara.

Maknanya, setiap orang Islam hendaklah menanamkan perasaan dalam diri masing-masing bahawa mereka antara satu sama lain adalah bersaudara.

Dalam satu hadis Nabi s.a.w mengenai ‘ukhuwwah fi din al-Islam’, iaitu persaudaraan antara sesama Islam bermaksud: “Kamu adalah sahabat-sahabatku, persaudaraan, saudara-saudara kita adalah yang datang sesudah (wafat)ku.”

Al-Quran ada menyebut bahawa sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara dan yang menjadikan mereka bersaudara ialah akidah keimanan. Keutuhan mereka tidak akan terpecah melainkan jika mereka murtad daripada Islam.

Ukhuwah Islamiah merupakan satu istilah yang sudah diterima di kalangan masyarakat iaitu suatu persaudaraan yang berdasarkan iman. Jadi istilah yang lebih tepat sebenarnya adalahukhuwah imaniyyah kerana di dalam aI-Quran, persaudaraan ini memang dikaitkan Iangsung dengan iman. Renungi maksud firman Allah s.w.t:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujuraat: 10)

Maksud firman Allah ini dimulai dengan semacam satu ketetapan bahawa umat Islam pasti akan berpecah-belah. Dalam situasi berpecah-belah itu, masing-masing akan berusaha untuk menghancurkan atau mengalahkan satu sama lain.

Sejarah telah mencatat bahawa peristiwa kewafatan Rasulullah s.a.w hampir mencetuskan pergaduhan sesama muslim sehingga Umar mengambil inisiatif dengan tegas meminta semuanya bersetuju melantik Abu Bakar sebagai pengganti Rasulullah s.a.w.

Demikianlah seterusnya suasana tidak aman dan konflik timbul di kalangan umat Islam pada zaman pemerintahan Uthman dan Ali. Dan kalau kembali pada surah aI-Hujuraat ayat 9, ajaran tentang ukuran yang seharusnya dilakukan untuk menyelesaikan konflik, di mana Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya, jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah, jika ia kembali patuh, maka damaikanlah di antara keduanya dengan dengan adil (menurut hukum Allah), sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

Seterusnya, sangat relevan jika kita renungi firman Allah dalam surah al-Hujuraat ayat 11 yang memberi petunjuk atau teknik yang sangat praktikal bagaimana untuk memelihara ukhuwah dalam konteks kehidupan umat Islam sekarang.
Memang sebahagian daripada prasangka itu dianggap sebagai satu sikap waspada.

Mungkin pada tempat-tempat atau saat-saat tertentu di mana kita harus berprasangka kepada orang kerana situasi sekarang berkehendakkan begitu sebagai satu ‘kewaspadaan’. Itu tidak berdosa. Tetapi kalau terlalu berprasangka seperti dinyatakan al-Quran di atas, maka besar sekali kemungkinan kita jatuh kepada prasangka yang dosa.

Demikian al-Quran memberikan dasar ajaran bagi mengubah dan menegakkan ukhuwah lslamiah sebagaimana terkandung dalam ayat suci al-Quran surah al-Hujuraat ayat 9 hingga 13 yang memuatkan banyak falsafah ukhuwah lslamiah.

Ini ajarannya ialah mencari jalan damai ketika berselisih, tidak melampaui batas dalam perselisihan, bersikap jujur, saling menghargai dan bersikap rendah hati untuk mengakui kesalahan sendiri.

Dalam usaha memantapkan ukhuwah Islamiah ini, ia bukan sekadar penjelasan dari segi persamaan pandangan agama atau sekadar toleransi mengenai perbezaan pandangan melainkan yang lebih penting lagi adalah langkah-langkah bersama umat Islam sehingga dapat merasakan nikmatnya persaudaraan satu iman itu.

Salah satu hadis yang masyhur, menyentuh aspek ukhuwah adalah sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada sahabat Ibnu Umar, yang bermaksud: Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian.”

Persaudaraan dalam Islam berlandaskan iman kepada Allah, cinta kerana Allah dan benci kerana Allah, dan seseorang mukmin yang merupakan saudara bagi mukmin yang lain mempunyai pertalian persaudaraan yang lebih kuat daripada pertalian darah di kalangan adik-beradik kandung.

Pertalian keimanan inilah yang memperkukuh hubungan sesama individu dalam masyarakat, dan yang menjadikan masyarakat satu unit sosial yang tersusun rapi dan utuh.

Untuk memantapkan ukhuwah Islamiah yang diperlukan bukan sekadar penjelasan segi-segi persamaan pandangan agama atau sekadar tolerensi mengenai perbezaan pandangan. Malah yang lebih penting lagi adalah langkah-langkah bersama yang dilaksanakan oleh umat sehingga seluruh umat merasakan nikmatnya.

Justeru, kita mengakui al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup, seharusnya kita berusaha mencipta kebaikan dalam kehidupan ini. Kita harus memperbaiki hubungan persaudaraan sesama Islam dan mencipta perdamaian di antara pihak-pihak yang bermusuhan. Demikian juga dengan muzakarah Pas dan Umno harus difokuskan kepada titik-titik persamaan yang ada pada kedua-dua belah pihak. Perbezaan yang boleh menimbulkan perselisihan harus dihindari. Kita harus mencipta satu kehidupan yang harmonis dan menjunjung tinggi nilai-nilai keagamaan dalam segala aspek kehidupan dan peradaban manusia.

Sehubungan dengan ini, dapatlah kita amati dan insafi penegasan Allah s.w.t menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Bertakwalah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, jika benar kamu orang-orang yang beriman.” (Al-Anfal: 1)


Thursday, June 17, 2010

~r3nungaN~

HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.

Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.

Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.

Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan.

Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu.

Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah.

Dengan sedikit maklumat, berita itu terus disebarkan melalui pelbagai saluran yang merebak dengan mudah. Berita sensasi, terutama berkaitan individu ternama dan selebriti mudah mendapat perhatian khalayak.

Justeru, Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah. Firman-Nya yang bermaksud: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah."� (Hadis riwayat Muslim)

Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah.

Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.

Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah."� (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan "dengar khabar™ "mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.

Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.

Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?"™ Rasulullah bersabda lanjut: "jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya." (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: "Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain." (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.

Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu.

Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

p/s : terbaca dan rasa nak kOngsi... bace yer semua.... Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar.... =)

p/s lagi : xnak ampun dOser sampai sape yang memfitnah tu dtg depan2... xpun, kite jumpe kat padang mahsyar... pakat2 cari sayer ye sumer.....

p/s lagi... dan lagi...: yang namanya nOzzu tu, xkan pakai emel, xkan pakai phOne kalO ade paper jumpe depan2... face 2 face.... ngerti??


~sesungguhnya Allah Maha Mengetahui~


Tuesday, June 15, 2010

~f3eL!ng~

emmm....

ntah nape....

rase diri macam da xde rase...

betOl kata seseOrang...

cik nOzzu macam xde perasaan...

ada senarnya....

tapi xtunjuk...

Allah je yang tawu semua....

kan Allah... kan....

hehehe....

emmm....

bukannya ape....

cik nozzu tak percaya pada perkataan

C.I. N.T.A

ade ke cinta sejati tu??

kalo ade mane??

ade sape2 jumpe x??

rupe die cane??

ade hidung x?? kaki die ade bape?? telinga die panjang x??

hehe...

apepun....

~cinta!Lah Allah.... DIA maha segala....~



p/s : tO sOmeOne... sOmetimes i fe3L sOoOooo cru3L... but the fact is.... i CANNOT see u'r eyes everytime we meet each Other... it hurts me.... ='(

Friday, June 4, 2010

~har! da p3tang da~

emmm.... hari da petang... angkat jemuran..... hehehe.....

hari ni kan.... ase gembira jer...

xtawu nape....

emm.... kadang2, ade hal lam hidup kita kena berkOrban....

untuk orang len....

ntahla, mungkin hari ni, anda.... anda.... dan anda.....

kata saya seOrang yang mementingkan diri sniri...

tapi insyaAllah, suatu hari nanti segala-galanya akan terjawab....

insyaAllah....

Ya Allah.... redhai ketulusan hati....

~tenyumla.... walaO dunia xseindah surga~

Monday, May 31, 2010

~mOtibasi~

skarang kan... cik nOzzu tengah fikir, macammana keadaan orang yang jadi tawanan perang...

mesti takutkan... nyawa kat hujung tanduk j... tapi xpe, lau betOl diizin Allah, ditakdirkan syahid besar ganjarannya kan...kan... kan...

kita kat malaysia ni sbuk fikir pasal masalah masing2.... ada masalah cinta la... masalah duit la... masalah keluarga la... banyaaakk lagi la....

rasa beratkan?? sakit otak fikir... hehe.... hakikatnya, masalah tu remeh j berbanding kalau kite ade kat negara yang berperang... bayangkanlah, hidup dalam ketakutan... hari ni jumpe orang tu elok2 je, esok tawu2 da mati kena tembak.... astaghfirullah al azim... takutkan....

itula hidup, penuh ngan ujian... apapun, kalau konsep redha dan sabar ada lam hidup kita insyaAllah, kita leh hidup dengan tenang...tapi itula, yang baik tu agak susah utk kita laksanakan... cik n
ozzu pun kadang2 hilang gak kesabaran...hehe... beserla manusia, xmaksum... =p

apapun, da jauh berjalan, da nampak semua kebesaran tuhan.... nampak apa yang manusia xleh nampak guna mata kasar... hanya blh dinilai dengan mata hati je.... hehe.... haaaaa.... mesti sumer xfhm kan?? cik nOzzu pun xfaham... wawawa....

hehe, xdela... hanya yang melalui je memahami.... insyaAllah....

apapun, moral yang cik nOzzu nak cakap cni, kalau kita fikir masalah kita berat, terOk, fikir la yang ada orang lain lagi trok dr kita dan Allah xkan membebankan kita dengan sesuatu diluar kemampuan kita sebagai hamba....

apapun sumer, sentiasala berada dijalan Allah... insyaAllah segalanya akan selamat....

Saturday, May 29, 2010

~s3Lamat~




assalamualaikum sumer...

aii...

arini, da 29.05.2010...

ari ni bedey cik nOzzu...

da tue da sayer Ork...

hehe....

alhamdulillah, masih diberi nyawa sehingga hari ini...

ingatkan da xsempat nak rasa umur 25... hehe...

ape yang kau merepek nie...

emm, apapun, sempena umur cik nOzzu 25 nie,

cik nOzzu cuma berharap bley manfaatkan kesempatan untuk hidup yang diberi Allah ini dengan sebaik-baiknya...

harap sumer orang pn begitu...

tak nak la nanti kita dijemput oleh-Nya dalam keadaan yang xbersedia...

emm...

apepun....

semOga hari ini lebih baik dari smalam....

Thursday, May 20, 2010

~r3dha~



" kita selalu fikir apa yang orang lain ada.... tetapi tak pernah fikir apa yang kita ada..."

manusia... macam tula...

bila yang kita ada tu lenyap dari pandangan....

barulah kita fikir...

betOl x anak-anak...

hehe...

sepanjang apa yang cik nOzzu dah lalui selama ni kan...

cik nOzzu belajar satu perkataan...

iaitu...

redha...

tak semua yang kite nak kite leh dapat...

dan xsemua yang kita dapat tu adalah sesuatu yang kite nak...

apa yang Allah bagi itulah yang terbaik buat kita...

kalo kite leh redha...

maka insyaAllah, kita leh rasa...

manisnya nikmat Allah...





Tuesday, May 4, 2010

~LuruskanLah hat!ku~





Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar masmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berobah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu

Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku kini.

Sunday, May 2, 2010

~p3ngakuan b3rani mati~

emmm.... nak tulis apa ya....

cuma nak cakap....

malam ni cik nOzzu akan wat...

pengakuan berani mati

kepada

sumer penduduk bumi...

hehe....

nantikan....

Sunday, April 25, 2010

~paSrah~



kekadang dalam hidup, kita kena fikir pasal orang lain gak kan???

ye la, caner perasaan orang len bile kite sktkan ati die...

emmm...

pada cik nOzzu...

diri cik nOzzu xpe... ase bley harung sumer...

tp takut orang keliling lak...

emmmm.....

~ya Allah aku berserah segala-galanya pada-Mu...~

insyaAllah... bile serah segala-galanya pada Qada & Qadar Allah...

diri akan jadi lebih tenang...

INSYAALLAH...

Tuesday, April 6, 2010

~say3r suda b3rtunang~

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

............ ......... ......... .........

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

************ ********* ********* ********* *******

Sunday, March 21, 2010

~Last w!sh~



emmm.... ari ni rasa hepi... macam satu beban dari bahu... Alhamdulillah... syukur...

apa yang lahir, apa yang diluah, ikhlas lahir dari hati cik nOzzu...

hOpe sOmeOne understand...

insyaAllah....

i will try mt best tO fullfilled my last wish...

just hOping people around me suppOrt me....

~am!n~

Tuesday, March 16, 2010

~ahmad aLbab...~



hehe.... pernah dengar cite pasal pintu tak?? emmm... i've fOund the right dOor.... can i cOme in?? hehe.....

~cry.... ;'( ~




"Cry"

I'm not the type to get my heart broken
I'm not the type to get upset and cry
'cause I never leave my heart open
Never hurts me to say goodbye
Relationships don't get deep to me
Never got the whole in love thing
And someone can say they love me truly
But at the time it didn't mean a thing


My mind is gone, I'm spinning round
And deep inside, my tears I'll drown
I'm losing grip, what's happening
I stray from love, this is how I feel
This time was different
Felt like, I was just a victim
And it cut me like a knife
When you walked out of my life
Now I'm, in this condition
And I've, got all the symptoms
Of a girl with a broken heart
But no matter what you'll never see me cry

Did it happen when we first kissed?
'cause it's hurting me to let it go
Maybe 'cause we spent so much time
And I know that it's no more
I should've never let you hold me baby
Maybe why I'm sad to see us apart
I didn't give to you on purpose
Can't figure out how you stole my heart


How did I get here with you, I'll never know?
I never meant to let it get so, personal
And after all I tried to do, to stay away from loving you
I'm broken heart and I can't let you know
And I won't let it show
You won't see me cry


This time was different
Felt like, I was just a victim
And it cut me like a knife
When you walked out of my life
Now I'm, in this condition
And I've, got all the symptoms
Of a girl with a broken heart
But no matter what you'll never see me cry

All my life...

my sOng.... dulu la.... skang xlagi.... wawawa......




Monday, March 1, 2010

~3!ght~




wawawa....

cik nOzzu suka nOmbOr 8....



Monday, January 11, 2010

~taubat~



Dengarlah Hai Sobat
Saat Kau Maksiat
Dan Kau Bayangkan
Ajar Mendekat

Apakan Kau Buat
Kau Takkan Selamat
Pasti Dirimu Habis Dantaman
Bukanku Suruh Taat
Sebelum Terlambat

Ayuh Sama Sama Kita Taubat
Dunia Sesaat
Awas Kau Tersesat
Ingatlah Masih Ada Akhirat
Astafighullah Al-Azim

*
Ingat Mati Ingat Sakit
Ingatlah Saat Kau Sulit
Ingat Ingat Hidup Cuma Satu Kali
Berapa Dosa Kau Buat
Berapa Kali Maksiat
Ingat Ingat Sobat Ingatlah Akhirat
Cepat Ucap Astafighullah Al-Azim

Andailah Ke Sana
Lihat Yang Di Sana
Mereka Yang Terbaring Di Tanah
Bukankah Mereka Pernah Hidup Juga
Kita Pun Kan Menyusul Mereka
Astafighullah Al-Azim



meeeOoooOooow.....

ingat....

ingat....

ingat.....

jangan lupa ya.....

hehe......



Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Mining News.